Sistem aplikasi Kebenaran Bertulis merupakan sistem yang beroperasi secara atas talian dimana pelesen boleh memohon Lesen Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber dan menyemak status permohonan.
Langkah-langkah mudah menggunakan sistem aplikasi ini:
Permohonan Baru/Pembaharuan
LANGKAH 1 - Buat Pendaftaran Syarikat sekiranya nama syarikat tiada di dalam rekod sistem (Nama syarikat yang didaftarkan adalah nama pemegang lesen dan disarankan syarikat pemaju sebagai pemegang lesen bagi projek bukan kerajaan)
LANGKAH 2 - Buat Pendaftaran Akaun Pengguna
LANGKAH 3 - Log masuk setelah menerima emel pengesahan
LANGKAH 4 - Buat Permohonan Lesen Baru/Pembaharuan. (Sila pastikan dokumen ‘softcopy’ disediakan sekiranya permohonan hendak dibuat di pejabat Lembaga)
LANGKAH 5 - Hantar permohonan
LANGKAH 6 - Bagi Permohonan Baru dan Pembaharuan Yang Telah Tamat Tempoh bayaran fi pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM150. Bayaran hendaklah dikemukakan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan dihantar.
LANGKAH 7 -Bagi permohonan Baru salinan dokumen ‘hardcopy’ perlu dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh 7 hari selepas permohonan dihantar. Senarai semak dokumen adalah seperti berikut:
http://elesen.luas.gov.my/jw/web/userview/licenseApp/skaps/_/senarai_aktiviti_pdf
LANGKAH 8 - Anda akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya maklumat perlu dikemaskini atau permohonan gagal.
LANGKAH 9 - Sekiranya Permohonan Lulus, bayaran fi lesen akan dikenakan sebanyak RM200. Bayaran hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas notifikasi emel diterima.
*Nota : Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama “LEMBAGA URUS AIR SELANGOR”. Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:
Serahan dokumen dan bayaran hendaklah dikemukakan di Kaunter Tingkat 12, Lembaga Urus Air Selangor. Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis :
8.30 pagi – 3.30 petang
1.00 petang – 2.00 petang (rehat)
Jumaat :
8.30 pagi – 3.30 petang
12.15 tengah hari – 2.45 petang (rehat)
Sila lihat GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM untuk maklumat lebih terperinci.